30
PESANAN IMAM SYAFIE
1. Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di
dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan
menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat
daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah
makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4. Sabar
menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri
memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan
kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian
setinggi-tinggi erti syukur.
5. Apabila
salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu
perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan
dan dicintai Allah.
6. Marah
adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu,
hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7. Kasihanilah
anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan
bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di
akhirat.
8. Berbuat
baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah
sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah
keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah
amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung
kepada serangan iblis.
10. Taqwa
adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok Zaitun,
minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
11. Iman
mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.
Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima
perkara, (1) yakin, (2) ikhlas, (3) mengerjakan amalan sunat, (4) istiqamah dan (5) bertatasusila
ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat
dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani
dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak tamak).
13. Khusyuk
secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah
khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14. Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh
dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi
amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah swt, sekurang-kurangnya dengan
mengucapkan "أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (A'uzubillahi minassaitathanirrajim)". Kita perlu bersabar
sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari
Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad
kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar
keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan
keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan
dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan
kebatilan.
18. Ketahuilah
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan
menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah
sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang
lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya
di sisi manusia.
20. Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada
siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai
soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di
dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, para rasul dan orang-orang soleh.
22. Sesiapa
yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut
iaitu (1) mengurangkan tidur, (2) mengurangkan makan, (3) mengurangkan bercakap dan (4) berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu
seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti
(dihimpit) dengan tanah (kubur).
24. Sesiapa
yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah swt menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan
diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah swt.
26. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah
seperti pernyataanNya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud : "Dan
adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang yang beriman".
27. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada
Allah sebagaimana pernyataanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud : "Allah membela orang yang beriman".
28. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertaqwa, Allah pasti menaikkan
darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya
seperti dalam pernyataanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud : "Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman".
29. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus
sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud : "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang
lurus".
30. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik
dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana
pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud : "Sekiranya penduduk
kota beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit
dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan seksa
mereka disebabkan perbuatan mereka".
Semoga bermanfaat.
Dipetik daripada Novel Sejarah Islam : Imam Syafie - Pejuang Kebenaran
Dipetik daripada Novel Sejarah Islam : Imam Syafie - Pejuang Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib